
PUDING MARBLE ( 3 ORANG )
BAHAN BAHAN
- 2 gelas air
- 1 paket agar agar serbuk 10gm
-1 tin susu cair
-3 biji telur (kuning sahaja)
-3 sudu besar planta
-1 sudu besar tepung kastard
-1 gelas gula pasir
- sedikit pewarna merah ( ikt citarasa )
CARA CARA
1. masukkan air kedalam periuk , tunggu sehingga mendidih
kemudian, masukkan 1 paket serbuk agar agar dan gula, (sentiasa kacau) sehingga larut,
kecilkan api
2. sementara itu, campurkna telur, planta, susu cair dan tepung kastard ke dalam bekas,
pukul sehingga sebati (kalau guna blender senang sikit)
3. tuangkan semua bahan yang telah sebati ke dalam periuk agar agar dan kacau sampai semua bahan pekat ..
4. setelah semua bahan masak, angkat dan bahagikan kepada 2 bahagian,
1 untuk di campurkan dengan pewarna dan 1 lagi yang yang xcampur dengan pewarna
5. sendukkan yang ade pewarna kat tengah dan sendukkan sedikit yang tak ade pewarna kat atas nya dan ulangi sehingga habis dan sejukkan
6. sedia untuk dihidang :)
SELAMAT MENCUBA :)
JANGAN LUPA COMMENT KALAU MENJADI

No comments :
Post a Comment